top of page

Program Ustaz Google ini merupakan satu cetusan idea bagi melahirkan warga SAMTTAJ yang cinta kepada Islam iaitu dengan mengaplikasikan kaedah teknologi moden secara maya. Ianya merupakan program berkala yang dijalankan sepanjang tahun bermula pada 13 Julai 2017.  Program ini sangat penting dalam usaha melahirkan warga SAMTTAJ yang celik ICT serta tahu menggunakannya bagi tujuan mencari maklumat secara maya. Oleh itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan mengajak warga SAMTTAJ agar dapat berusaha mempertingkatkan ilmu dan kefahaman terhadap ilmu Islam melalui Ustaz Google.

 

Musolla Ar-Raudhah dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan Unit Kokurikulum SAMTTAJ selaku pelaksana program berhasrat untuk mewujudkan sebuah sudut khas yang diberi nama Ustaz Google. Diharapkan, dengan adanya program yang bakal dilaksanakan ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada semua pihak.

bottom of page